Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Nazri hadir bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membentangkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membabitkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika di Istana Kinta, Ipoh. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2022.

IPOH – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd Nazri Ismail sudah selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 11.30 pagi tadi.

Mohd. Nazri yang tiba di Istana Kinta pada pukul 10.23 pagi dipercayai mempersembahkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kepada baginda.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.

Kira-kira 50 pengamal media berada di kawasan perkarangan istana seawal 8.30 pagi tadi untuk mengetahui perkembangan terkini situasi semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Bagaimanapun Mohd. Nazrin tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media yang menunggu lebih sejam.

Dalam PRU15 semalam, Perikatan Nasional berjaya mendapat 26 kerusi, Pakatan Harapan (24) dan Barisan Nasional (9).-MalaysiaGazette