Dr. Ramalan Yunus

KUALA LUMPUR – Seluruh ahli UMNO sepatutnya perlu bersatu dan teguh menyokong Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bukan mendesak beliau meletakkan jawatan.

Penganalisis dan Ekonomi Bebas, Datuk Dr. Ramalan Yunus berkata, ini kerana keputusan PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, tidak menyatakan Barisan Nasional (BN) kalah.

Malah katanya, tidak ada mana-mana parti yang bertanding pun menang, baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Ahli perlu sedar, UMNO tidak kalah kerana tidak ada parti yang menang. Jadi, kenapa mesti desak Presiden untuk mengundur diri?

“Pengkhianat UMNO yang sebenarnya adalah kumpulan anti Presiden. Mereka ini sebenarnya yang telah memecah-belahkan persatuan dan perpaduan UMNO.

“Mereka ini yang menyebabkan UMNO kehilangan banyak kerusi dan mereka juga golongan pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan parti, rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin UMNO yang mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk BN dalam PRU ke-15 semalam.

Menurut Dr. Ramalan, tidak wajar ahli UMNO terus memberikan sokongan kepada kumpulan pengkhianat itu.

Beliau mengingatkan ahli parti bahawa pembentukan kerajaan kali ini adalah antara parti dengan parti.

“Ahli-ahli Parlimen sudah tidak boleh lompat parti lagi. Jadi, saranan saya, serahkan budi bicara kepada Presiden UMNO untuk berbincang dengan pemimpin parti lain bagi menubuhkan kerajaan.

“Kepada ahli UMNO juga berikan sepenuh sokongan kepada Presiden. Beliau lebih tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan seperti hari ini.

“Transformasi dalam UMNO perlu diteruskan dan inilah yang dibimbangkan oleh kumpulan anti Presiden,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Betul sangat tu…di Melaka sebagai contoh..pengkhianat2 dlm UMNO ni yg jalankan gerakan utk jatuhkan calon2 BN…tak mungkin pengundi DAP sokong PAS…tp ahli UMNO sendiri yg undi PAS dan Bersatu di Melaka

  2. Berat nangnang Datuk ni. Apa benda yang dia faham tak tahu lah. Bg geng geng Emm Noooo ni, tak dpt jd gomen tu maknanya kalah la. Dulu 70 kerusi, skang 30 kerusi ja rakyat kasi, maknanya kalah la. Habis Datuk nak tunggu 0 kerusi baru nak kira kalah? Sembang pompang.. Wartawan next time cari la org yg ulas bernas2 sikit.

  3. x setuju.. atas rasa bertanggungjawab atas kemerosotan yg LBH buruk dr PRU14… Presiden kena tarik diri. Bertindak tanpa perbincangan, lebih kpd kepentingan peribadi. tindakan terlalu drastik n. x berpikir panjang..

  4. kahkhhkahkah . betul betul betul. tak de siapa yang kalah . tak de siapa yang menang . itu round pertama . nanti masuk round kedua pulak . tengok siapa kalah siapa menang .yang ni baru kira ok lah . yang perkauman akan tinggal dibelakang juga .

Comments are closed.