Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 menurun sebanyak 17.2 peratus untuk tempoh 13 hingga 19 November lalu (Minggu
Epidemiologi (ME) ke-46 tahun 2022.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam masa yang sama kes sembuh turut menurun sebanyak 19.6 peratus.

“Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.2 peratus (23,027 kes kepada 19,068 kes) .

“Manakala bilangan kes import menurun sebanyak 16.7 peratus (18 kes kepada 15 kes),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, kes kematian turut menurun 11.3 peratus dalam tempoh yang sama.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 46/2022 menurun sebanyak 18.3 peratus (34,033 kes kepada 27,806 kes) berbanding ME 45/2022,” tambah beliau.

Terdahulu Noor Hisham berkata, jumlah kemasukan pesakit
Covid-19 ke fasiliti kesihatan (hospital) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 8.7 peratus pada ME 46/2022.-MalaysiaGazette