Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 36,609.

Manakala 2,121 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh sama, menambah angka kumulatif kepada 4,930,999.

Data KKMNOW menunjukkan 27,141 kes aktif dengan 25,149 menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,900 kes lagi menjalani rawatan di hospital manakala 92 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 58 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast