KUANTAN – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan  dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada hari ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook berkata, perbincangan itu berkaitan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang masih tergantung statusnya berikutan tiada parti memenangi mejoriti mudah.

Semalam Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata,  Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) lalu menyaksikan PN menang 17 kerusi DUN, BN mendapat 16, manakala PH memperoleh lapan kerusi.

Sementara keputusan kerusi DUN 0.42 Tioman hanya diketahu selepas 7 Disember 2022 berikutan kematian calon PN, Md Ramli Yunos lima jam sebelum PRU15 akibat komplikasi jantung. – MalaysiaGazette