KUALA LUMPUR – Desakan pelbagai pihak termasuk Datuk Seri Ismail Sabri supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid meletakkan jawatan menerima reaksi veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.
Katanya, adalah tidak wajar Naib Presiden UMNO itu bertindak sedemikian kerana beliau sebagai ‘poster boy’ juga patut bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional.
“Takkan apabila menang, jadi PM (perdana menteri). Apabila kalah, orang lain yang salah.
“Ismail Sabri adalah perdana menteri yang membubarkan Dewan Rakyat setelah membentangkan Bajet 2023 (yang tidak dibahas),” katanya di Facebook.
Mengulas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu lalu dengan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, Shahrir berkata, selain menuding jari ke Ahmad Zahid, Ismail Sabri seharusnya turut mengambil tanggungjawab sebagai top five parti.
Perdana Menteri caretaker itu juga, tambah Shahrir, perlu bersikap terbuka kerana ketika BN kalah teruk, beliau adalah Perdana Menteri yang mewakili gabungan tersebut.
“Pada PRU ke-15, Ahmad Zahid ialah Presiden dan Ismail Sabri adalah Perdana Menteri.
“Mengapa hanya Presiden UMNO yang kena ‘besar hati’ menerima tanggungjawab parti kalah?
“Kalau pun Ismail Sabri yang berjawatan perdana menteri dan berkedudukan poster boy tidak langsung ada impak dalam PRU ke-15 ini hinggakan BN kalah, tapi tetap Ismail Sabri ‘ada saham’ dalam prestasi BN juga.
“Ismail Sabri meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada Ahmad Zahid sebagai presiden UMNO. Ambiklah sikit share (kongsi tanggungjawab),” katanya lagi. – MalaysiaGazette
KERANA PEMIMPIN UMNO YG LAIN TAK SETUJU DENGAN TINDAKAN ZAHID SOAL PEMILIHAN CALON TETAPI ZAHID ANGKUH DAN KERAS KEPALA, TAKNAK DENGAR SARANAN LAIN DAN MENGGUNAKAN KUASA PRESIDENNYA.
All the whiles, Poster Boy tu kena “remote control”. Tak kan tak faham. Bila dia dapat bersura sikit, kena kutuk pulak.
All the whiles, Poster Boy tu kena “remote control”. Tak kan tak faham. Bila dia dapat bersura sikit, kena kutuk pulak. Kesian dia.