KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir dalam satu pertemuan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Hotel St Regis hari ini.
Naib Presiden UMNO itu tiba pada jam 2.57 petang.
Turut kelihatan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang tiba jam 3.04 petang.
Selang 11 minit kemudian, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula sampai di perkarangan hotel.
Pertemuan ini dipercayai ada kaitan mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam. – MalaysiaGazette