Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa hari menyepi, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini muncul melahirkan rasa sedih berikutan kekalahan Pejuang Tanah Air dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook, Pengerusi Pejuang itu berkata, biar pun tewas namun beliau menerima pilihan rakyat.

Katanya, oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawaan yang dipertandingkan maka parti itu tidak dapat menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Menurut Dr Mahathir, berikutan kekalahan itu juga segala Perancangan untuk negara terpaksa digugurkan dan hanya melihat arah pemerintahan pihak yang menang.

“Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia,” katanya.

Pejuang, katanya, berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

Dr Mahathir juga berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada penulisan berkaitan sejarah dan aktiviti dalam negara.

“Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

“Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” katanya.

Dalam PRU15, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi gagal mempertahankan kerusi tersebut dan hilang deposit apabila hanya memperoleh 4,566 undi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast