Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi terletak di Kota Damansara.

KUALA LUMPUR – Tradisi berpantang hari ini telah melalui evolusi dan bukan lagi tanggungjawab ahli keluarga terutama ibu atau mentua untuk menjaga wanita yang baharu melahirkan cahaya mata.

Kini perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan servis premium sekaligus memberi nilai eksklusif bagi memastikan keselesaan keperluan ibu dan bayi sentiasa terjaga.

Malah jika ada bakal ibu yang mencari pusat berpantang yang patuh syariah, Pusat Berpantang The Sanctuary Pusrawi adalah pilihan yang tepat untuk memanjakan diri sambil diberi pengisian rohani terbaik semasa berpantang.

Berkonsepkan ‘Servis 5 Bintang Pada Harga Mampu Milik,” pusat milik MDC Asia Link Berhad (MALB) ini semakin bakal menarik perhatian ramai ibu-ibu yang ini merasai sendiri pengalaman baharu berpantang dan rawatan fisioterapi di Hospital Pusrawi, Kota Damansara.

Ketua Pegawai Eksekutih MALB, Dr Aslan Bacho berkata, pihaknya mempunyai visi kearah menjadi penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan yang patuh syariah di Asia Tenggara.

“Kami kini selangkah lagi ke arah menjadi sebuah Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara yang diterajui oleh anak watan negara ini.

“Selain itu, dengan perkenalan Contact Centre oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh Malaysia Blind Association (MAB) yang diturut menjadi rakan strategik MALB di sini juga mampu menjadi teras kepada perubahan dinamik ekonomi pada
golongan ini disamping membantu mereka membina kerjaya bersama MALB.

“Ia adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak cawangan hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak yang mematuhi piawaian syariah di seluruh negara pada masa akan datang” katanya pada majlis pelancaran The Sanctuary Pusrawi, semalam.

Turut hadir, penasihat syariah Dr Zaharuddin Abd Rahman.

bu berpantang dapat merasai keselesaan dan ketenangan.

 

Aslan menambah, cawangan hospital di Kota Damansara itu sebagai kemegahan kepada cawangan-cawangan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman dan luaran.

Jelas beliau, MALB komited untuk memastikan penjagaan dari segi holistik merupakakan fokus utama hospital ini disamping menyempurnakan kelahiran “Little Caliphs Born Here” ke dunia ini.

“Ini dapat dilakukan dengan memberi sokongan sepenuhnya dari segi fizikal, emosi dan spiritual kepada ibu, sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran.

“Di samping itu juga, fokus MALB adalah untuk memberi satu pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama-sama menyaksikan kelahiran Little Caliphs ke dunia ini disamping dijaga rapi apabila berada di Pusat Berpantang The Sanctuary Pusrawi kelak.

Sementara itu, selain pemilik kepada hampir 26 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor, MALB juga sedang berusaha untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2024. – MalaysiaGazette

Gabungan dekorasi moden dan kontemporari memenuhi segenap ruang The Sanctuary Pusrawi.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast