Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Teka-teki siapakah yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 yang bakal menerajui kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diketahui.

Namun bagi warga net, ada satu lagi persoalan yang masih belum menemui jawapan iaitu bilakah cuti umum akan diberikan seperti mana yang dijanjikan ketika berkempen pada PRU15.

Di Twitter, “public holiday” atau cuti umum sedang trending di Malaysia dan berada pada kedudukan kedua di bawah topik “our PM” (PM kami).

“Tugas pertama DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah mengisytiharkan cuti umum,” kata pemegang akaun bernama Solehah.

Manakala pemegang akaun Zieun dan Qiden pula menggunakan meme dengan kapsyen:” sedang menunggu pengisytiharan cuti umum.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong perkenan untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri dijadualkan 5 petang ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast