Ronaldo. Foto SkySports.

LONDON – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo terus ditimpa malang selepas penyerang Portugal itu ditamatkan kontrak oleh Manchester United apabila dia dikenakan hukuman gantung dua perlawanan dan didenda £50,000 (RM273,820), lapor SkySports.

Penggantungan itu akan dikenakan apabila Ronaldo menyertai kelab baharu di mana-mana negara, tetapi tidak termaktub untuk Piala Dunia 2022 ketika ini.

Persatuan Bola Sepak England (FA) membuat keputusan itu gara-gara tindakan kasar penye­rang berusia 37 tahun itu yang menghempas telefon bimbit seorang penyokong Everton selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Satu rakaman video tular menunjukkan Ronaldo dilihat marah dan menepis telefon daripada tangan seorang peminat ketika berjalan menuju ke terowong selepas kekalahan Manchester United 1-0 di Goodison Park pada April tahun lalu.

Satu laporan dibuat terhadap Ronaldo selepas tindakan penyerang Portugal tersebut menyebabkan kesan lebam pada tangan dan skrin telefon pecah.

Ogos lalu, Ronaldo telah diberikan amaran oleh pihak polis dan didakwa atas kelakuan tidak wajar oleh FA pada September lalu.

Bagaimanapun, Ro­naldo telah memohon maaf atas insiden tersebut di media sosial.

“Penyerang tersebut (Ronaldo) mengakui kesilapannya sejurus berakhir perlawanan antara Manchester United dan Everton, namun tindakan tersebut adalah tidak wajar sama sekali,” kata FA dalam kenyataan.

Kapten Portugal tersebut kini berada di Qatar untuk melakukan persiapan dalam aksi Kumpulan H dan meletakkan sasaran awal melepasi peringkat kumpulan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast