Petugas kesihatan memimpin seorang pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,537 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul 4,937,042.

Lapan kes kematian direkodkan dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian akibat Covid-19 di negara ini meningkat kepada 36,628.

Data KKMNOW menunjukkan 27,213 kes aktif dengan 25,127 dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,978 lagi dirawat di hospital manakala 101 pula ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 61 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 3,319. – MalaysiaGazette