Keadaan di Pulau Ischia. Foto EPA

ROM – Sebilangan mangsa banjir lumpur di Pulau Ischia, berhampiran Naples dikhuatiri terbunuh selepas banjir lumpur yang dicetuskan oleh hujan lebat menghanyutkan rumah-rumah penduduk.

Aliran lumpur menenggelamkan bangunan dan mengheret kereta ke dalam laut ketika ia melanda pada hari Sabtu.

Mayat seorang wanita dilaporkan ditemui di bawah lumpur dan beberapa orang lagi masih hilang.

Berpuluh-puluh rumah terputus hubungan dan beberapa orang dilaporkan terperangkap di sebuah hotel.

Penduduk Lisa Mocciaro memberitahu agensi berita Ansa: “Kami mula mendengar guruh yang kuat pada kira-kira jam 3 pagi, kemudian tanah runtuh kali pertama dan kali kedua pada jam 5 pagi.

Menteri Dalam Negeri, Matteo Piantedosi berkata, situasi itu “sangat rumit” dan orang yang hilang dipercayai terperangkap di bawah lumpur.

Hujan sebanyak 55mm turun dalam tempoh enam jam.

Hujan lebat telah melanda Campania, wilayah sekitar Naples dan Ischia, selama beberapa hari.

Amaran cuaca untuk hujan dan angin kencang diramalkan sehingga Ahad. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast