Aminuddin Yahaya.

KUALA LUMPUR – Tindakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang segera menuntut janji Pakatan Harapan (PH) menunaikan manifesto demi kepentingan mereka hanya menyerlahkan kerakusan badan itu.

Baru tiga hari Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri namun Dong Zong tergesa-gesa menuntut kerajaan memberi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan peruntukan kekal kepada sekolah persendirian.

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Pahang, Aminuddin Yahaya mengakui dalam hal ini, Dong Zong memang pandai dan rakus mengambil peluang.

“Ini kerana mereka tahu antara kesemua janji manifesto PH, inilah yang paling susah untuk ditunaikan dan mereka inginkan jaminan itu secepat mungkin.

“Lebih-lebih lagi momentum penerimaan rakyat terhadap pembentukan kerajaan baharu ini adalah bersangka baik iaitu “kita berilah peluang dulu”.

“Dong Zong mungkin sangka rakyat tidak akan bangkit menentang agenda UEC dan peruntukan sekolah persendirian mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dong Zong menggesa kerajaan baharu mengiktiraf sijil UEC Sekolah Menengah Cina bebas dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina secepat mungkin.

Menurut laporan media, mesyuarat bersama Dong Zong kali ke-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan, termasuk menggesa kepimpinan Anwar selaku pengerusi PH mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina Persendirian secepat mungkin.

Dalam pada itu, Aminuddin mendakwa kepimpinan Barisan Nasional (BN) menerima tuntutan Dong Zong itu seperti mana yang termaktub dalam manifesto mereka sejak zaman Datuk Seri Najib Razak lagi.

“Lebih parah lagi, ada ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan wujud suara-suara pimpinan tertinggi sudah berani berkata tidak mahu ‘jaga orang Melayu lagi’ selepas kecewa dengan penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

“Setakat setuju terima UEC ini, apalah sangat, malah parti-parti komponen lain terutamanya MCA dalam BN memang penyokong tegar UEC,” dakwanya.

Tambahan pula, pendokong tegar UEC dalam PH, iaitu DAP adalah parti yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak dan pastinya Anwar akan tunduk jika mereka bersuara.

King maker dari Sarawak iaitu GPS juga pendokong UEC. Sarawak pimpinan GPS juga telah mengiktiraf UEC di peringkat negeri.

“Maka, kerajaan campuran ‘PH plus’ zaman Anwar (PRU15) jauh lebih ‘totok’ menyokong UEC berbanding dahulu (PRU14). Saya merasakan memang janji dan agenda mengiktiraf UEC kali ini jauh lebih serius.

“Jadi, arus menolak UEC kali ini mesti lebih besar dan lebih keras,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. memang sudah dijangka TULANG BELAKANGnya DAPIGS…..PENGKHIANAT BESAR UMNO dan B END
    segalanya kifarah ke muka sendiri

    jeritan…GAGAL/PENGKHIANAT/KATAK/.TEBUK ATAP/U TURN//MUNGKIR MANIFESTO NO ANWAR NO DAP CUKUPLAH kita menderita 22 bulan IGAUAN BURUK
    PAU2022 Tersenget2 MUKA ZAHID Untuk menyakinkan 2-3 juta ahli umno KITA AKAN TENTANG SEMUA
    akhirnya melingkup bersama kemunafikannya dgn MT2…TERTIPU akar umbi dapat ZAHID dan konconya Tumpang kasih dn nasib bawah ketiak dan kelengkang P akatan H ancing utk jawatan dan kuasa

  2. Lebih parah lagi, ada ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan wujud suara-suara pimpinan tertinggi sudah berani berkata tidak mahu ‘jaga orang Melayu lagi’ selepas kecewa dengan penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

Comments are closed.