Gara-gara enggan membetulkan bendera Malaysia yang dipasang terbalik, seorang lelaki Bangladesh di Klang semalam.

KLANG – Gara-gara enggan membetulkan bendera Malaysia yang dipasang terbalik, seorang lelaki Bangladesh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek berusia 30-an dan pekerja kilang itu ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

“Polis menerima satu laporan mengenai kejadian viral dalam sebuah grup WhatApss salah sebuah komuniti penduduk di Klang di mana seorang penghuninya telah memasang bendera Malaysia secara terbalik di luar kediamannya.

“Pengerusi komuniti telah menasihati penduduk terbabit tetapi suspek melawan dan berkerasn tidak mahu membetulkan bendera,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan polis menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan sekiranya mahu mengelak daripada tindakan tegas.- MalaysiaGazette