Anitah dan keluarga blgembira meraikan kemenangan JDT.

JOHOR BAHRU –  Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)  meriah malam tadi apabila lebih 2,000 mengamatkan suasana apabila pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)  mengunguli kejuaraan Piala Malaysia 2022 selepas menewaskan Selangor malam tadi.

Bagi penyokong JDT,  Ermy Jeffry Jamil, 44, berkata, kejuaraan pasukan kesayangan mereka telah diramal berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkan pasukan itu.

Emry Jeffry


Kejayaan memenangi kejuaraan musim ini lebih bermakna apabila buat pertama kali pasukan dari Liga Malaysia, JDT layak ke Liga Juara Juara Asia musim depan, satu kejohanan bola sepak peringkat kelab berprestij di rantau Asia.

Dia yang gembira dengan kemenangan JDT dan menyatakan rasa berbaloinya walaupun terpaksa berjalan jauh sebelum dapat memasuki dataran MBJB walaupun menggunakan kerusi roda.

“Syukur alhamdulillah.Memang inilah yang menjadi kebanggaan kita semua sebagai orang Johor dan penyokong JDT.

“Sudah semestinya gembira. Hilang penat saya walaupun parking kereta jauh tapi dapat menyaksikan kemenangan JDT. Tahniah untuk semua pemain dan jurulatih pasukan. Saya gembira sangat,” katanya.

Sementara itu  Anitah Abdul Hamid, 55, dari Taman Nusa Bistari yang hadir bersama keluarganya berharap pasukan kesayangannya itu membawa pulang piala ke Johor bagi tatapan peminat.

Anitah dan keluarga blgembira meraikan kemenangan JDT.

Penyokong tegar itu juga memberitahu, walaupun tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di Kuala Lumpur, beliau tetap gembira dengan kemenangan malam ini.

Dia dan keluarga memilih untuk menonton melalui skrin gergasi di Dataran MBJB berbanding di rumah kerana suasana dan semangat Bangsa Johor yang lebih kuat.

Selain yakin rakyat negeri itu akan bercuti pada hari Isnin untuk meraikan kemenangan itu.

“Seronok sangat walaupun kami tidak dapat ke stadium di KL di sini pin tidak kurang meriah sama seperti di stadium. Apa yang pebih penting semangat Bangsa Johor ingin melihat sendiri perlawanan dan lebih bermakna apabila pasukan kita (JDT) menjadi juara,” katanya.

Intan Suriani Md Yusof, 31, yang datang bersama suaminya Raja  Abdullah Syahman Raja Zaman, 31 dan dua lagi anaknya teruja meraikan kemenangan JDT.

Mereka menyifatkan kesabaran berdepan dengan kesesakan trafik untuk bersama penyokong JDT di Dataran MBJB sebagai sesuatu yang berbaloi.

Intan bersama suaminya Syahman berpuas hati dengan kejayaan JDT walaupun terpaksa menempuh kesesakkan jalanraya sebelum tiba di Dataran MBJB.

“Saya dan suami datang dari Mutiara Rini dan sampai sini pukul 6 lagi, semuanya kerana nak melihat perlawanan pasukan kesayangan kami lawan.

“Syukur sangat walaupun kami keluar awal dan terpaksa menunggu lama tetapi kami sangat gembira dan berpuas hati.

“Penat memang penat tetapi bila JDT menang hilang penat. Tahniah JDT,” katanya.

Bagi dua sahabat Muhammad Irfan Mohd Fais, 16 dan Rafie Iskandar Syah Raikhan,16, yang datang dari Skudai memberitahu, walaupun terperangkap dalan kesesakan jalan raya di Dataran MBJB bagaimanapun tetap gembira kerana berkesempatan meraikan kemenangan malam ini.

Irfan (Kiri) Rafi (Kanan)


“Gembira sangat walaupun kami sampai agak lewat tetapi masih berpeluang saksikan permainan dan kemenangan JDT.
Puas hati sangat, gembira sudah pasti,” kata Muhammad Irfan.

JDT FC berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit tambahan separuh masa pertama malam ini menerusi Bergson Da silva sebelum berjaya menyumbat gol kedua JDT pada separuh masa kedua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast