Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor membuka permohonan bagi Program Bikecare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja gig, P-hailing.

Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) memaklumkan, program itu dibuka mulai Jumaat sehingga 6 Disember depan sebagai usaha bagi membantu pekerja yang memerlukan.

“Bantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motosikal disediakan bagi meringankan beban pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor gig ekonomi,” kata agensi itu menerusi hantaran di Facebook.

Iklan permohonan program Bikecare-1000 yang dimuat naik di Facebook Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS).

Antara syarat kelayakan permohonan termasuk pemohon merupakan warga Selangor, berusia 18 tahun ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam CTOS/CCRIS.

Borang permohonan lengkap dan dokumen berkaitan perlu diserahkan ke pejabat UPPS di alamat East Entrance, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam sebelum 7 Disember depan.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 016-959 8320. – MalaysiaGazette