Kredit FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Semalam, dilaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri baharu itu.

Artikel berkaitan: Anwar mengadap TMJ

Khamis lepas, Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast