Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN –  Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismall sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu esok.

Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman menerusi kenyataan berkata, Wan Rosdy dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Abu Bakar, Pekan pukul 11 pagi.

Menurutnya, baginda juga telah memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Baginda juga menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 Dewan Negeri Pahang.

Ia berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Wan Rosdy  sebagai  Menteri Besar Pahang. – MalaysiaGazette