Gelagat kanak-kanak yang menerima ujian saringan Covid-19 peringkat DUN Paya Jaras secara percuma yang dilakukan oleh petugas Kesihatan Sel Care Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan MBSA Seri Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,464 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes keseluruhan 4,950,315.

Manakala lima kes kematian direkodkan dalam tempoh sama termasuk dua kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian yang direkodkan sejak Mac 2020 sebanyak 36,657.

Data KKMNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 27,638 dengan 25,614 kes dikuarantin di rumah.

Sejumlah 1,932 lagi dimasukkan ke hospital dengan 92 ditempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 51 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 2,029. – MalaysiaGazette