Perdana Menteri, Datauk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Perdana Menteri, Datauk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang tadi.

Pertemuan itu dimuatnaik dalam Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Anwar menghadap Al-Sultan Abdullah buat pertama kali sejak mengangkat sumpah jawatan pada Khamis lalu.

“Sesi menghadap yang bermula pada jam 5 petang itu merupakan yang kali pertama buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara,” menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette