media sosial Mustapha Yaakub veteran najib
Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO kesal dengan sikap Dong Zong yang didakwa rakus dan biadab mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan memberi bantuan tetap tahunan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, desakan Dong Zong itu langsung tidakĀ  menghormati status kerajaan yang masih belum menubuhkan Kabinetnya.

“Memang benar Pakatan Harapan (PH) menjanjikan untuk mengiktiraf UEC sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tapi Dong Zong keliru apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan dan bukannya kerajaan PH. Jadi janji PH dalam manifestonya tidak semestinya ditunaikan.

“Kalau pun Dong Zong tidak sabar untuk menuntut janji dari PH, tunggulah sehingga Kabinet ditubuhkan. Jangan jadi kurang ajar dan tiada adab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, Leong Seng Yee berkata, pihaknya akan bertemu Menteri Pendidikan yang baharu untuk mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf UEC.

Mustafa menambah, Veteran UMNO berharap Dong Zong berhenti mempolitikkan isu sekolah Cina dan pengiktirafan terhadap UEC.

Beliau mengingatkan negara ini mempunyai dasar pendidikan kebangsaan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat.

“Sikap seperti yang ditunjuk oleh Dong Zong itu menjadi penghalang kepada pencapaian dasar tersebut sekaligus menggagalkan hasrat kerajaan untuk mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia melalui pendidikan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sejak dahulu lagi politikus Pak Pandir kemaruk sokongan undi pendatang ekonomi expats bukan pribumi sehingga menang sorak kampung tergadai seperti Singapore, Penang. dan 12% tanah rizab Melayu.
    Walhal negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority pendatang ekonomi expats berbilang kaum dan budaya ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tetapi tiada hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut berbeza dengan politikus Pak Pandir ooiii!

  2. DAPIGS BERTAMBAH KURANG AJAR selepas mendapat SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI DARI AHMAD ZAHID HAMIDI MUNAFIK

    JADI TIDAK PERLU VETERAN UMNO KECEWA….DAPIGS JADI TALIAN HAYAT UMNO DAN UMNO JADI TALI BARUT DAPIGS NASI DAH JADI BUBUR BUBUR MEMANG KESUKAAN DAPIGS

    INSHA ALLAH ZAHID DAN KONCO2NYA AKAN DIMAKAN SUMPAH
    2-3 juta ahli UMNO nikmati kencing hancing ZAHID dan MT2…PAU sandiwara NO ANWAR NO DAP

Comments are closed.