KUALA LUMPUR – Pelabur asing masih menjadi penjual bersih sekali lagi pada minggu lepas dengan nilai RM81.9 juta, meneruskan aliran keluar keluar sebanyak RM59.95 juta pada minggu sebelumnya.

Jualan bersih bermula pada hari Isnin yang menyaksikan aliran keluar bersih tertinggi sebanyak RM36.655 juta dan aliran itu diteruskan RM155.95 juta pada hari Selasa, Rabu (RM56.57 juta) dan Jumaat (RM42.49 juta).

MIDF Research berkata, trend aliran keluar bersih mungkin disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia menyaksikan Parlimen tergantung buat kali pertama dalam sejarah.

Keputusan PRU15 menunjukkan tidak ada gabungan parti yang mencapai 112 kerusi untuk majoriti mudah. Bagaimanapun, kerajaan dapat dibentuk pada hari Khamis.

Hasil daripada penyelesaian kepada kebuntuan politik, pelabur asing mengubah pendiriannya untuk melakukan belian bersih RM340.8 juta, satu-satunya aliran masuk bersih minggu lalu.

Bagaimanapun, prestasi ini tidak mencukupi untuk membalikkan jualan bersih yang dilakukan dalam tiga hari sebelumnya.

Malah, Jumaat menyaksikan jualan bersih semakin ketara.

Firma penyelidikan itu berkata, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar bersih oleh pelabur asing minggu lepas ialah produk dan perkhidmatan pengguna sebanyak RM132.6 juta, penjagaan kesihatan (RM35.8 juta) dan produk dan perkhidmatan perindustrian (RM29.2 juta).

Sementara itu, perkhidmatan kewangan adalah satu-satunya sektor belian bersih oleh warga asing pada RM103.2 juta.

Katanya, pelabur institusi tempatan adalah penjual bersih minggu lepas dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM4.2 juta dengan sebahagian besarnya dicatatkan pada Khamis kepada RM158.69 juta dan Isnin RM21.65 juta.

Semua hari lain menyaksikan belian bersih institusi tempatan masing-masing bernilai RM64.96 juta (Selasa), RM46.87 juta (Rabu) dan RM64.31 juta (Khamis).

Pelabur runcit tempatan terus menjadi pembeli bersih minggu lepas dengan jumlah aliran masuk bersih mingguan sebanyak RM85.91 juta kesinambungan aliran masuk bersih minggu lepas berjumlah RM85.91 juta.

Manakala pelabur runcit memulakan minggu ini dengan belian bersih ekuiti bernilai RM189.35 juta sebelum bertukar menjadi penjual bersih pada Khamis dan Jumaat dengan aliran keluar bersih sebanyak RM182.12 juta dan RM22.02 juta.

MIDF Research menambah, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 26 daripada 47 minggu 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM5.83 bilion.

Sementara, pelabur institusi pula adalah penjual bersih selama 32 daripada 47 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM8.99 bilion.

Peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 30 daripada 47 minggu 2022 dengan nilai belian RM2.17 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dari segi purata nilai dagangan harian (ADTV) merentasi pelabur peruncit (67.37%), pelabur institusi (62.23%) dan pelabur asing (32.94%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast