Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul 36,667.

Kes jangkitan baharu yang direkodkan semalam pula sebanyak 1,672.

Data KKMNOW menunjukkan kes terkumpul jangkitan Covid-19 di negara ini terus bertambah kepada 4,951, 986.

Kes aktif 26,578 dengan jumlah pesakit dirawat di hospital sebanyak 1,911.

Sebanyak 94 kes pula ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 52 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 2,722. – MalaysiaGazette