KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir mendakwa terdapat gerakan untuk membersihkan imej Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu mendakwa, langkah itu bagi memastikan laluan untuk Ahmad Zahid menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri licin.
“Mereka (pihak tertentu) kini sedang bersihkan imej (Ahmad) Zahid. Dalam sistem undang-undang kita, anda tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah… jadi mereka akan kata dia layak.
“Mereka akan desak (agar Ahmad Zahid dapat jawatan TPM) sebab kalau UMNO tarik diri, kerajaan akan tumbang,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight, hari ini.
Pelbagai media hari ini melaporan bahawa Ahmad Zahid akan dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antaranya, Sin Chew yang melaporan sumber berkata, kemungkinan Zahid jadi TPM adalah tinggi.
Ia kerana, laporan yang memetik sumber itu menyebut Zahid dilihat sebagai penggerak utama dalam pembentukan kerajaan perpaduan hari ini.
Sumber itu juga membayangkan bahawa MCA dan MIC tidak akan mendapat sebarang pelantikan menteri.
Malah Berita Harian Online turut melaporkan kemungkinan Anwar akan mengumumkan senarai Kabinetnya esok.
Akhbar arus perdana itu dalam laporan yang tidak menamakan sumber, berkata senarai Jemaah Menteri akan didedahkan dalam masa terdekat ini. – MalaysiaGazette
Haaa Medey..ko dgn anak ko dan semua calon pejuang dah ditendang oleh rakyat…diam laaa sibuk jaaa..
Banyak pihak sibuk dengan kluster mahkamah tidak boleh dilantik dalam kabinet anwar. Habis tu Anwar jadi Perdana Menteri dia bukan klyster mahkamah. Kes pengampunan di raja yang beliau dapat dari YDPA tu bukankah sedang di bangkitkan semuls di mwhkamah kerana melanggar perlembagaan