Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Meskipun harga minyak sawit mentah meningkat pada November, harga siling minyak masak botol kekal untuk Disember.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Mohd Yusof berkata, minyak masak botol bagi 1kg kekal pada harga RM6.90 dari 8 Dis hingga 7 Januari.

Manakala harga 2kg minyak botol dijual pada harga RM13.30, 13kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).

Tegas beliau, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011dan boleh dikenakan penalti iaitu (a) boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya kepada individu dan didenda sehingga RM500,000 kepada syarikat.

”KPDNHEP menyeru seluruh masyarakat pengguna terus berhemah dalam pembelian, mengutamakan yang perlu dan merancang setiap pembelian.

Pada masa yang sama turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan undang-undang membabitkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen di pasaran melalui pelbagai saluran aduan rasmi. – MalaysiaGazette