Sebahagian daripada 243 anggota PDRM telah menunaikan tanggunggjawab Hari Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) di IPD Rompin hari ini.

ROMPIN – Seramai 243 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini sekali lagi menunaikan tanggungjawab membuang undi buat kali kedua bagi Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) hari ini.

Sebelum itu pada 19 November lalu, mereka berbuat demikian bagi memilih calon kerusi Parlimen Rompin dan kali ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pula.

Sebelum itu, PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi itu, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada pagi hari pengundian akibat serangan jantung

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, anggotanya hadir membuang undi seawal pukul 7 pagi.

“Petama kali mencatatkan sejarah di IPD Rompin ini apabila anggota dan pegawai PDRM di mana mereka mengundi dua kali.

“Keseluruhan 88 orang telah keluar undi awal sehingga pukul 9 pagi tadi. Seramai 77 orang anggota di IPD Rompin dan lapan lagi di Balai Polis Tekek.

“Penandaan dakwat pilihan raya akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri bagi pengundi yang hadir pada hari mengundi awal,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Tambah Azahari, seramai 19 anggotanya pula telah menunaikan tanggungjawab melalui undi pos.

Sementara itu Azahari memaklumkan sehingga kini sebanyak 38 permit berkempen telah diluluskan bagi tempeh berkempen yang berakhir pada 11.59 malam 6 Disember ini.

Anggota polis membuang undi di dua lokasi melibatkan Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin yang dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Manakala pusat mengundi di di Bilik Maklumat Balai Polis Tekek pula dibuka pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Proses pengundian awal ini turut disaksikan oleh ejen-ejen calon setiap parti bertanding.

PRU15 bagi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara penyandang kerusi DUN Tioman, Datuk Seri Johari Hussain yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan ditentang Nor Idayu Hashim (PN), Mohd. Fadzli Mohd. Ramly (PH), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar. (Bebas) – MalaysiaGazette