Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi menyaksikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 DISEMBER 2022.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani tiba bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook (dari kanan) yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan) dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan) mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan isterinya Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail (kanan) pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar bersama anggota Jemaah Menteri selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada stiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2022.