Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Selangor melibatkan empat daerah sehingga 12 tengah hari ini.

Menerusi Twitter, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Manakala, Perak pula di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette