Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Clinic 365, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,502 kes Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes jangkitan terus meningkat kepada 4,961,873.

Manakala kes kematian juga meningkat kepada tiga lagi, menurut data KKMNOW.

Malaysia merekodkan kes terkumpul kematian akibat Covid-19 kepada 36,713 sejak Mac 2020.

Kes aktif pula sebanyak 22,505 dengan 20,889 dikuarantin di rumah.

Angka kes dirawat di hospital sebanyak 1,512.

Daripada jumlah itu sebanyak 104 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 70 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette