Hampir 200 golongan belia hadir Program Makan Malam Gabungan 30 di Dewan majlis Daerah Rompin, malam tadi

ROMPIN – Golongan belia Rompin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri sedia ada yang memberi sokongan termasuk bantuan kewangan.

Pengerusi Koperasi Amal Bantuan Anak Rompin, Mohd Syafik Mohd Syed berkata, ahlinya seramai 400 bersyukur bersyukur atas komitmen dan sokongan oleh pihak kerajaan.

Mohd Syafik Mohd Syed

“Sokongan kepimpinan kerajaan penting bagi memupuk budaya ketokohan dan kepimpinan sekaligus menjadi perintis pada masa akan datang.

“Belia di sini sudah menerima konsep Kerajaan Perpaduan yang dibentuk dan menghargai sumbangan yang diberikan kerajaan  Pahang bagi menghidupkan aktiviti belia di daerah ini.

“Saya lihat belia semakin positif dengan kerajaan, bantuan kerajaan negeri telah salurkan kepada Tioman dan kemudahan diberi kepada rakyat,” ujarnya.

Tambah Mohd Syafik, gelombang anak muda di Rompin semakin positif dan minat mereka beralih bersama Barisan Nasional (BN) dan menyokong Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.

“Kami memang menyokong calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan dia memang dia dekat bersama golongan belia, disenangi kerana tidak terlalu protokol.

“Kita boleh melihat himpunan anak muda di mana lebih 1,000 hadir memberikan sokongan, semakin positif, mereka ikhlas turun padang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan yang diberikan bagi memudahkan golongan belia menjalankan aktiviti mereka.

Wan Rosdy Wan Ismail bersama 100 komuniti nelayan berhampiran Pasar Besar Rompin, malam tadi

Sebelum ini, katanya,  sudah banyak permohonan yang telah dilulusakan dan diberikan kepada masyarakat belia melalui penyadang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman sebelum ini.

Wan Rosdy turut meluangkan masa selama satu jam bersama goongan belia dan kemudian bersama komuniti nelayan berhampiran di Rompin malam tadi.

“Jadi ini bukanlah gula-gula. Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada golongan belia supaya mereka membuat pelbagai aktiviti.

“Selain itu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM60,000 kepada kumpulan nelayan bagi menaik taraf jeti pasar,” katanya. – MalaysiaGazette