LONDON – Pesawat EasyJet dalam perjalanan dari Poland ke United Kingdom (UK) telah dilencongkan ke Republik Czech selepas “kemungkinan bom” dilaporkan di atas kapal.

Penerbangan dari Krakow ke Bristol mendarat dengan selamat selepas dilencongkan ke Lapangan Terbang Prague pada petang Ahad.

Polis Czech berkata, ahli pirotekniknya tiba di tempat kejadian untuk menyiasat.

Lapangan Terbang Prague menerusi ciapannya berkata: “Tiada objek berbahaya ditemui di dalam pesawat selepas pemeriksaan piroteknik.”

Pesawat EZY6276 itu sudah terbang selama sejam bagi penerbangan dua jam setengah apabila kapal terbangAirbus A320 mendarat di Lapangan Terbang Vaclav Havel Prague.

Media melaporkan, pesawat itu yang dilencongkan pada pukul 10.50 malam mendarat dengan selamat di laluan Lapangan Terbang Prague Krakow-Bristol.

”Semua tindakan untuk memastikan keselamatan penumpang dan semua lalu lintas udara sedang dijalankan oleh Polis Republik Czech,” menurut lapangan terbang tersebut. – MalaysiaGazette