Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak berhasrat untuk menggulingkan kerajaan dan akan menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) untuk mengambil alih tampuk kepimpinan.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan melihat sejauh mana keberkesanan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekurang-kurangnya untuk pilihan raya akan datang. Pengaruh yang kita ada sekarang ini kita lanjutkan lagi. Insya-Allah.

“Buat masa ini, kita mahu lihat kepada perkembangan semasa apakah tindakan kerajaan semasa (Kerajaan Perpaduan), kita tunggu apa reaksi rakyat terhadap kerajaan sekarang yang ada hari ini.,” katanya katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta menguals kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar dan menggantikannya dengan PN.

Menurut laporan Malaysiakini, Shahidan memberi bayangan Kabinet tidak akan bertahan lama dan PN menerima sokongan yang baik.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PN telah memuktamadkan pemimpin yang akan mengetuai blok pembangkang itu di Parlimen.

“PN akan buat kenyataan. Kita dah lantik (Ketua Pembangkang),” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nak guling kerajaan minoriti sekarang pun takpe, tak perlu tunggu PRU16! Ianya sesuatu yg dibenarkan dan masih belandaskan hukum2 demokrasi. Jom ramai2 raikan sistem demokrasi.

Comments are closed.