Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kad akses ketika hadir untuk memulakan tugasnya di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 06 DISEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan Kementerian Kewangan jam 7.57 pagi bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Beliau yang memakai sut biru sempat beramah mesra dengan kakitangan Kementerian Kewangan sambil diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Pembendaharaan (Pelaburan), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datin Rashidah Mohd Sies.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin

Anwar kemudian dibawa naik ke tingkat 12 di ibu pejabat Kementerian Kewangan bagi mengikuti taklimat daripada pegawai kanan kementerian. – MalaysiaGazette