Salah seorang individu yang disyaki terlibat menjadi bookie pertaruhan disoal siasat oleh anggota polis.

JOHOR BAHRU – Sindiket judi dalam talian Piala Dunia Qatar 2022 melibatkan pertaruhan mencecah RM6.3 juta menerusi 45 siri serbuan di sekitar negeri ini tumpas dalam beberapa serbuan yang yang dijalankan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 46 penganjur atau bookie diberkas, masing-masing berusia antara 18 hingga 72 tahun dalam Ops Soga XI yang dilaksanakan bermula 21 November lalu sehingga semalam.

“Menerusi serbuan yang dijalankan itu juga, sebanyak RM34,303, SGD500 (RM1,621) serta 48 buah telefon pintar pelbagai jenama dirampas termasuk sim kad dan sebuah buku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kamarul Zaman berkata, kesemua tangkapan direman bagi membantu siasatan lanjut membabitkan siasatan antaranya Seksyen 4(1)(d), Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Kejayaan Ops Soga XI juga metupakan hasil maklumat risikan pihak polis selain perkongsian maklumat daripada orang ramai.

“Polis Johor memberi amaran keras kepada individu sama ada pemain atau penganjur judi, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.- MalaysiaGazette