Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,968,389 dengan pertambahan 1,616 semalam, termasuk satu kes import.

Data KKMNOW memaklumkan empat kes kematian direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan kes kumulatif kepada 36,742.

Kes aktif pula sebanyak 21,473 dengan 20,068 menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,324 kes dirawat di hospital dengan 81 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 58 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes pulih pula sebanyak 2,145. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast