Putra Amaris merupakan pemilik Rumah Artis.

KUALA LUMPUR – Menjadi impian sesiapa sahaja untuk mendiami rumah yang mempunyai dekorasi yang menarik.

Bagaimanapun berdepan dengan isu harga selain tidak mempunyai kepakaran dalam rekaan sering membantutkan impian itu.

Melihatnya sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu golongan ini mendapatkan kediaman pilihan, Rumah Artis muncul dengan pakej yang cukup berbaloi.

Selain menyediakan  perkhidmatan perunding hiasan dalaman, di Rumah Artis juga pelanggan turut boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.

Sebagai pemilik Rumah Artis dan jurucakap, pelakon dan usahawan, Putra Amaris menjelaskan, idea  hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

“Di sini bukan sahaja perabot tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman yang akan mengetengahkan Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.

“Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahu pun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

“Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,” katanya pada pelancaran Rumah Artis di Sentul baru-baru ini.

Pelanggan boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1 di Rumah Artis.

Amaris menambah, dalam memastikan perniagaannya mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman dia juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Sementara itu bagi Azirun pula kesempatan untuk bergelar perunding hiasa dalaman di Rumah Artis, memberi ruang untuk dirinya berkarya.

Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.

“Sesuai dengan slogan  Rumah Artis ‘deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mecapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan. Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.

Bagi mereka yang ingin melawat ruang pameran Rumah Artis boleh ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette