kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan akan terus konsisten dengan usaha memerangi rasuah di negara ini.

Bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2022 yang disambut hari ini, beliau berkata agenda reformasi terutamanya dalam usaha mencegah rasuah tidak hanya terhad kepada penguatkuasaan.

Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai seperti integriti, akhlak dan etika adalah aspek yang perlu diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

“Dengan meraikan serta memartabatkan integriti, ia berupaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan yang holistik yang akan mencakup aspek fizikal, rohani, nilai dan identiti,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2003 telah mengisytiharkan Hari Antirasuah Antarabangsa disambut pada 9 Dis setiap tahun di seluruh dunia.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast