Gambar hiasan

KUANTAN – Jumlah  mangsa banjir di Pahang sedikit menurun kepada 536 orang sehingga jam 12 tengah hari petang berbanding 573 orang yang direkodkan jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, dua pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Ulu Atok dan Balairaya Kg Chenua telah ditutup.

Manakala sembilan lagi PPS di lima daerah terjejas iaitu Temerloh, Jerantut, Lipis, Raub dan Bera masih beroperasi menempatkan mangsa yang terjejas.

Daerah Temerloh merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 374  mangsa melibatkan 112 keluarga yang kini berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan.

Di Lipis, seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga berada di dPPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan Masjid Kampung Beletik.

Sementara itu, di Jerantut, seramai 20 mangsa 3 daripada 7 keluarga mangsa banjir di daerah itu ditempatkan di PPS Balai raya Kampung Sempadan.

Seramai 35 mangsa dari 10 keluarga berlindung di dua PPS di Bera melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan Seri Buntar dan PPS Seri Kerayong.

Manakala tiga lagi PPS di Raub mebabitkan PPs Masjid Kuala Semantan, PPS Balai raya Kg Ria dan Balai Raya Kampung Sengkela masih dibuka menempatkan 18 mangsa dari enam keluarga. – MalaysiaGazette