Home Nasional 3 cedera terjatuh dari ‘sotong ride’

3 cedera terjatuh dari ‘sotong ride’

https://www.tiktok.com/@farinarynaa_/video/7176302254113213723?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7161251530448029185

PUNCAK ALAM – Keriangan di sebuah tapak pesta ria bertukar tragedi apabila tiga orang awam cedera termasuk seorang parah selepas tercampak jatuh daripada permainan di tapak pesta ria di Eco Grandeur, Puncak Alam, Kuala Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketiga-tiga mangsa terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak.

Seorang wanita parah manakala keadaan seorang lagi wanita dan kanak-kanak tidak dapat dipastikan tahap kecederaannya.

Ssemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan segera menggunakan tiga buah ambulans dan sebuah jentera bomba dan penyelemat yang turut bergegas di lokasi sejurus selepas kejadian itu dilaporkan.

“Polis telah memulakan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan di bawah Seksyen 6 Enekmen Hiburan & TempatĀ² Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.

Insiden permainan Sotong Ride di Pesta Ria Puncak Alam bertukar tragedi selepas tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak tercampak dan parah dalam kejadian malam tadi.Foto Ihsan Media Sosial

Dalam pada itu, video yang memaparkan insiden itu telah tular di media sosial sejak lewat malam tadi.

Pemerhatian terhadap beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook mendapati pada mulanya permainan itu beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Tiba-tiba mangsa tercampak dan terjatuh dari ‘sotong ride’ menyebabkan para pengunjung yang berada di pesta ria itu mula menjerit dan panik melihat insiden itu.

Sebilangan pengunjung bertindak pantas membantu para mangsa yang terjejas sementara menunggu bantuan kecemasan bomba dan ambulans ke lokasi kejadian itu.- MalaysiaGazette

eberapa video dan gambar mengenai kejadian ituĀ  tular di laman sosial. – BERNAMA