KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 terus menurun kepada 809 semalam berbanding 867 kelmarin.
Dengan ini, kes kumulatif jangkitan bertambah kepada 4,972,966, menurut data KKMNOW.
Data KKMNOW turut menunjukkan sebanyak enam kes kematian, menjadikan angka terkumpul 36,769 sejak Mac 2020.
Kes aktif juga susut kepada 17,972.
Daripada jumlah itu, 16,772 kes menjalani kuarantin di rumah manakala 1,128 pula dirawat di hospital.
Kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi pula sebanyak 72 dengan 49 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette