Bernard Arnault

NEW YORK – Elon Musk bukan lagi individu terkaya di dunia selepas nilai sahamnya jatuh mendadak dalam syarikat kereta elektrik Tesla tahun ini.

Menurut Forbes, kedudukan Musk telah diambil alih oleh Bernard Arnault, ketua eksekutif kumpulan barangan mewah LVMH.

Musk, ketua eksekutif dan pemegang saham terbesar dalam Tesla, dengan pegangan yang dilaporkan kira-kira 14%.

Beliau telah menyelesaikan pengambilalihan bernilai AS$44 bilion Twitter pada bulan Oktober lalu.

Menurut Forbes, nilai kekayaan Musk kini berjumlah kira-kira AS$178 bilion manakala Bernard Arnault mempunyai AS$188 bilion. – MalaysiaGazette