Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 naik semula melepasi angka 1,000 semalam kepada 1,040 selepas dua hari berturut-turut sekitar 800 lebih.

Pada hari Ahad, kes Covid-19 dilaporkan sebanyak 867 dan Isnin 809.

Pertambahan itu menjadikan angka kumulatif jangkitan bertambah kepada 4,974,004, menurut data KKMNOW.

Jumlah kematian yang direkodkan dalam tempoh sama sebanyak sembilan kes, menjadikan angka terkumpul 36,778.

Namun, kes aktif juga susut kepada 17,547 semalam berbanding 17,972 kelmarin.

Daripada jumlah itu, 16,378 kes menjalani kuarantin di rumah manakala 1,100 pula dirawat di hospital.

Kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi turut jatuh kepada 69 berbanding 72 kelmarin.

Tetapi jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan naik kepada 52 berbanding 49 sehari sebelumnya. – MalaysiaGazette