puad terengganu dalang meroyan fatwa haram
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada lantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang mempunyai kaitan dengan pelan peralihan kuasa dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut bertanya sama ada Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN akan dijadikan poster boy gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Apakah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak berminat jadi Perdana Menteri?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Pada 10 Disember lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mohd. Puad menambah, kebiasaannya, Ketua Pembangkang adalah bakal Perdana Menteri.

Beliau berpandangan, tidak mungkin Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri lagi walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah berumur dan didakwa mempunyai masalah kesihatan.

“Mungkin Muhyiddin tidak sanggup jadi panglima perang di Parlimen. Dia pun ada baggage. Mungkin ada strategi lain. Hamzah bukan kecil anak. Dia pemusnah yang hebat.

“Lima tahun terlalu lama untuk Hamzah jadi Ketua Pembangkang. Macam-macam dia boleh main. Jangan Muhyiddin musnah di tangan Hamzah sudahlah,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Hamzah dilantik Ketua Pembangkang