Bangunan Perdana Putra.- Foto MUHD NA’IM, 24 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah pengarah lantikan politik bagi badan berkanun persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi utama digugurkan serta-merta.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Surat pekeliling berhubung perkara itu yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tular di media sosial

Pekeliling bertarikh 14 Disember 2022 itu telah dihantar kepada semua ketua setiausaha kementerian.- MalaysiaGazette