Tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya.- Gambar Korporat JBPM.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Gohtong Jaya, awal pagi tadi, menurut polis.

Sebelum itu difahamkan dua daripada mangsa telah meninggal dunia dalam kejadian di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm itu.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berkenaan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah runtuh Batang Kali: Dua dilaporkan maut