KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan polis, menurut laporan Bernama pagi ini.

Sebelum itu, seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang sama.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berkenaan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah runtuh: Seorang kanak-kanak meninggal dunia