Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya . Foto MOHD ADZLAN, 25 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Polis menahan menahan seorang individu di Georgetown, Pulau Pinang semalam kerana disyaki membuat panggilan palsu ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan tersebut dilakukan berikutan pihaknya menerima laporan berhubung panggilan palsu ugutan bom ke atas sebuah premis di Jalan Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (Kesalahan menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Dellhan, pada tangkapan tersebut polis turut merampas dia buah telefon bimbit jenis Nokia daripada suspek.

Tambah beliau, suspek direman selama tiga hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis, ujarnya. – MalaysiaGazette.