KUALA LIMPUR – Sebanyak 23 sungai di Pantai Timur dilaporkan berada diparas bahaya setakat 12 tengah hari tadi berikutan hujan berteruaan sejak beberapa hari lalu, menurut laman web info banjir Jabatan Pengairan san Saliran (JPS)
Di Pahang membabitkan Sungai Keratong berada di paras 11.74 meter (m) manakala di Kelantan merekodkan 13 sungai di paras bahaya iaitu di Jambatan Merok pada paras 9.8m, Sg. Lanas (29.68m) dan Sungai Lebir (39.32m)
Rantau Panjang (10.7m), Kampung Jenob (25.07m), Kampung Jambu (2.99m),Sungai Golok (24.97m), Kg. Sungai Nal (29.24m).
Sebanyak 15 sungai di Terengganu pula turut berada di paras bahaya iaitu Sungai Besut (10.31m), Sg. Dungun (13.58m), Sg Peneh (37.58m), Sg. Kemaman (14.91m).
Manakala Sg. Tebak (19.88m), Sg. Tumpat (2.88), Sg. Marang (3.85m), Sg. Chalok (10.22m), Sg. Nerus (23.41m), Sg. Setiu (10.04m), Sg.Besut (26.05m) dan Sg. Berang (26.5m).” katanya.
Sementara itu, beberapa sungai di negeri Kedah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis ketika ini berada di tahap amaran dan berjaga-jaga. – MalaysiaGazette