KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 kembali menurun di bawah paras 1,000 kepada 847 kes semalam.
Ia menjadikan kes terkumpul kepada 4,979,372.
Data KKMNOW turut menunjukkan kes kematian bertambah kepada enam dalam tempoh sama, sekali gus menjadikan angka kumulatif 36,806.
Kes aktif pula sebanyak 15,736 dengan jumlah yang menjalani kuarantin di rumah 14,724.
Sebanyak 963 kes pula dirawat di hospital dengan 49 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Daripada jumlah itu 26 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh sebanyak 1,154. – MalaysiaGazette